Galeri


Labu Sayong & Meja

Labu sayong merupakan tembikar yang terkenal di Perak


Batu Karang

Batu karang yang dijumpai di kawasan rumah semasa proses pembinaan perigi yang  berada di sebelah rumah warisan ini.



Kolong

Kolong adalah kawasan bawah rumah yang digunakan untuk bersantai dan  menjemur pakaian. 



Pinggan Antik

Pinggan antik ini diimport dari China. Pinggan ini biasanya digunakan untuk menghidang makanan pada hari biasa dan majlis keramaian.


Mangkuk Antik

Pinggan antik ini diimport dari China. Pinggan ini biasanya digunakan untuk menghidang makanan pada hari biasa dan majlis keramaian.

 

Plak Antik

Plak ini dijumpai ketika proses penambahan rumah dan tertulis :

" THE APAWAMIS CLUB GOLF PRIZE EIGHT ANNUAL SENIOR'S TOURNAMENT SEPTEMBER 25-26 1912 WON BY JOSEPH A.FLYNN"


Koleksi Syiling Lama

Koleksi ini terdiri daripada syiling ulang tahun KWSP, Syiling Indonesia, Syiling Singapura dan syiling Maal Hijrah.


Set Minuman Antik

Pada zaman dahulu, set minuman ini digunakan untuk minum air zam zam.
                                               

gambaran air yang jernih dari perigi kerana dasar baldi masih
boleh dilihat dengan cukup jelas.

                                                   
   Perigi
           
Perigi ini dibina oleh kerajaan Melaka dengan memberi bantuan pembinaan saluran mata air. Perigi ini mempunyai air yang jernih yang boleh digunakan untuk mandi dan juga perubatan tradisional.

Mengikut cerita Encik Bazid, perigi ini dibina semasa tahun 1989 iaitu semasa Melaka dilanda kemarau yang mengakibatkan semua rumah disarankan menggali perigi pada masa itu.
                   

                             
Kipas Antik

Kipas antik ini berusia lebih 50 tahun. Ianya diimpot dari India. Kipas ini diperbuat daripada besi. Walaupun kipas ini telah berusia lebih 50 tahun namun kipas ini masih menghasilkan angin yang kuat yang boleh menyegarkan penghuni di rumah ini.  

Contoh gambar menggunakan kamera lama (vintage) 

Kamera Lama (Vintage)

Kamera lama yang sangan terkenal pada tahun 1970. Walaupun ia tidak berusia lebih 50 tahun namun bagi industri sains dan teknologi yang pesat membangun, 43 tahun sudah cukup menunjukkan betapa antik kamera ini. Gambar di atas adalah contoh qualiti gambar yang boleh di ambil dengan mengunakan kamera lama itu.


 

Kamar Beradu

Kebiasaanya rumah tradisional Melaka mempunyai satu bilik utama di bahagian rumah depan.
Gambar di atas menunjukkan sudut bilik rumah ini.
                                                                                    

Rebana Keras

Rebana keras merupakan salah satu alat musik zaman dahulu yang masih digunakan pada zaman sekarang. Rebana keras ini biasanya digunakan dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.


Tingkap Dari Loteng/Peran

Gambar ini diambil dari peran dan dijadikan tempat meninjau. Suatu ketika dahulu, ianya digunakan bagi anak dara meninjau bakal suami yang datang merisik.


Peran & Tangga Ke Peran 

Peran atau loteng digunakan bagi menyorokkan anak dara semasa mereka disunting oleh bakal suami pada zaman dahulu.


Almari barangan Antik

Almari yang menyimpan segala barang antik yang dijaga rapi kerana nilai harganya yang tinggi. 


Anugerah Encik Bazid sebagai ketua UMNO cawangan Banda Kaba Bahagian Kota Melaka. 



Tingkap Unik

Tingkap yang dipercayai menerima pengaruh cina dari segi seni binanya yang boleh dilarasdan tinggi.




Television Lama

Television lama yang hanya menayangkan gambar hitam dan putih.


Papan Manis

Papan manis berbentuk kubah kelawar dikatakan beharga RM 12 per kaki.


Lubang Angin

Lubang angin dibina untuk memastikan pengudaraan yang baik supaya keadaan rumah sentiasa sejuk dan selesa.





Tangga Bermozek

Tangga bermozek merupakan lambang rumah melaka. Mengikut cerita Encik Bazid, tangga ini dibina dan di letakan mozek atas dasar mencantikan tangga dan tidak mempunyai sebarang makna tersirat.


Serambi

Serambi merupakan kawasan paling depan rumah yang digunakan untuk beristirehat dan berbual-bual sesama keluarga atau teman.


Koleksi Keris Mini

Antara koleksi keris mini yang terdapat dalam pelbagai jenis yang terdiri dari Keris Taming Sari dan perlbagai lagi.

contoh bunga pahar zaman sekarang

Pahar

Paha adalat alat yang digunakan untuk meletakkan bunga telur yang digunakan semasa majlis perkahwinan. Bertujuan untuk menambah seri di pelamin sekaligus bunga telur yang tercucuk di paha dijadikan buah tangan kepada sesiapa yang menepung tawar.

Contoh set tepung tawar  zaman sekarang

Set Tepung Tawar

Set tepung tawar gaya lama yang biasanya digunakan dalam majlis perkahwinan. Adat tepung tawar dilakukan sebagai pelengkap dalam atur cara majlis perkahwinan. Jika dirujuk, amalan ini sebagai menambahkan kemeriahan dan keceriaan majlis di samping mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan juga sebagai menghormati keluarga yang lebih tua.    


Kebiasaannya, upacara merenjis dimulakan oleh ahli keluarga yang lebih tua sebagai tanda hormat dan kasih seperti datuk dan nenek serta ibu dan bapa. Ia baru diikuti ahli keluarga dan saudara mara terdekat. Secara kelaziman, ia dilakukan oleh pihak lelaki dulu diikuti oleh pihak perempuan. Kebiasaannya amalan merenjis itu dilakukan dalam bilangan ganjil kedua belah pihak. 




Tangga bermozek ke Pelantar rumah

Ini merupakan tangga bermozek yang menuju ke kawasan pelantar. Mozek yang diletakkan juga hanya dengan dasar untuk mencantikkan tangga dan tidak mempunyai makna tersirat.


Gambar keluarga Encik Bazid yang diambil di tangga hadapan rumah.


Contoh set tepak sirih zaman sekarang.

Set Tepak Sirih

Set tepak sirih digunakan pada zaman dahulu untuk kegunaan sendiri atau untuk masuk meminang anak dara orang. 

Bagi kegunaan sendiri, terdapat amalan memakan sirih pada zaman dahulu yang dipercayai  bertujuan untuk kesihatan kerana khasiat sirih yang tinggi.

Bagi kegunaan majlis perkahwinan, tepak sirih digunakan semasa meminang dan menjadi antara hantaran semasa majlis perkahwinan. Bagi meminang biasanya ia didatangkan dengan sebentuk cincin untuk diberikan kepada pihak perempuan.


Kayu Asas Rumah

Kayu Cengal sebagai kayu asas rumah ini dikatakan sangat kukuh dan tidak akan dimakan anai-anai iaitu sejenis haiwan yang memakan kayu-kayan yang merupakan salah satu faktor kerosakan sebahagian barang yang diperbuat dari kayu terutamanya kayu campuran.


* Setiap maklumat dan gambar-gambar yang terdapat di dalam blog ini adalah sama dengan keadaan sebenar rumah Encik Bazid Haron pada tarikh 5 Januari 2013 iaitu tarikh soal selidik tentang rumah ini dijalankan dan ianya bersumberkan oleh Encik Bazid Haron dan isterinya sendiri iaitu pemilik rumah warisan ini.

No comments:

Post a Comment