Kawasan Berdekatan

Bukit Cina


Bukit Cina merupakan sebuah bukit yang mana dahulunya adalah penempatan orang Cina yang terawal di Melaka. Ia seluas26 hektar dan merupakan kubur Cina yang terbesar di luar Negara China. Ia mengandungi lebih kurang 12,500 kubur dan banyak daripada batu nisan di situ dikatakan wujud sejak dari Dinasti Ming.

Pada pertengahan kurun ke -15, Puteri Hang Li Poh, cicit Maharaja Yong Lo, Maharaja China Dinasti Ming, telah dihantar ke Melaka untuk berkahwin dengan Sultan Mansur Shah pada tahun 1459 bagi mengukuhkan lagi hubungan diplomatik di antara Melaka dan Negara Cina. Baginda Puteri membawa bersamanya rombongan pengiring seramai 500 orang. Bukit Cina merupakan hadiah daripada Sultan Mansur Shah dan telah dijadikan tempat tinggal mereka sehingga kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Perigi Hang Li Poh


Perigi Puteri Hang Li Poh ini dibina pada tahun 1459 dibawah arahan Sultan Mansor Shah kepada interi beliau, Puteri Hang Li Poh, seorang puteri dari negara Cina. Perigi ini tidak pernah kering dan merupakan satu-satunya punca air semasa musim kemarau. Pihak Belanda membina tembok disekelilingnya pada tahun 1677 untunk memeliharanya sbagai perigi permintaan (wishing well).
Ada yang berkata bahawa mereka melontar duit syiling ke dalamnya akan kembali ke Melaka pada masa depan. Perigi ini terletak di JAlan Puteri Hang Li Poh.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gereja St. Francis Xavier


Gereja St. Francis Xavier ini telah dibina oleh Paderi Farve, seorang rakyat Prancis pada tahun 1849. Gereja ini terletak di Jalan Laksamana. Menara Gereja ini dibina khas bagi memperingati St. Francis Xavier yang dikenali sebagai Mubaliqh Sulung di Timur. Beliau dikenaang kerana kerja-kerja dakwahnya yang menyebarkan agama Katholik di Asia Tenggara pada kurun ke -16.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Gereja Christ


Gereja Christ yang berwarna merah ini telah dibina pada tahun 1753. Ia dibina berdasarkan kehebatan reka bentuk seni bina Belanda. Setiap satu kasau di ruang ibu diukur daripada sebatang pokok manakala kerusi gereja itu yang diperbuat dengan tangan itu masih kekal dan sudah berusia lebih kurang 200 tahun.

Terdapat juga batu nisan pada lantai gereja dengan Armenia. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di sini adlaah termasuk alang yang dibina tanpa penyambung, kitab Bible Bras dan gambar 'Last Supper' pada jubin glis.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kota A Famosa


Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan Potugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.

Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara uatam empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Kubu ini bertukar tangan pada tahun 1641 apabila orang Belanda berjaya mengusir Portugis dari Melak. Mereka telah suai pintu gerbang tersebut pada tahun 1670 yang mana ANNO 1670 boleh dilihat pada pintu gerbang itu.

Kubu ini mengalami kerosakan struktur yang teruk semasa pencerobohan Belanda. Apabila ia bertukar tangan kepada pihak British, mereka amat berwaspada mengenai pengkalannya dan mengarahkan kubu itudimusnahkan. Ia hampirmusnah keseluruhannya apabila Sir Stomford Raffles yang melawat Melaka dan campur tangan pihak Bristish, mereka amat berwaspada mengenai pengkalannya dan mengarahkan kubu itu dimusnahkan. ia hampir musnah keseluruhannya apabila Sir Stamford Raffles melawat Melaka dan campur tangan untuk menyelamatkan pintu gerbang daripada dimusnahkan kerana minat beliau terhadap sejarah.


No comments:

Post a Comment